Polisi & Terma Perkhidmatan
Kemas kini terakhir: 5 Mac 2026
1 Polisi Privasi
Pengenalan
Penjagaan peribadi pengguna adalah penting dan menjadi keutamaan kami, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selagi ia diperlukan bagi tujuan penggunaan perkhidmatan. Kami amat menghargai privasi anda dan menyediakan polisi ini di seluruh laman kami untuk membantu anda memahami pengendalian maklumat semasa menggunakan perkhidmatan ini. Penggunaan "Onsell" atau "kami" dalam polisi ini merujuk kepada platform Onsell.
Skop
Polisi ini terpakai kepada mana-mana pengguna perkhidmatan Onsell, termasuk ahli keluarga atau pengguna lain di bawah akaun anda. Sila pastikan mana-mana individu yang menggunakan akaun anda memahami polisi ini sebelum menggunakan Onsell.
Pendaftaran
Untuk mengakses perkhidmatan atau sumber tertentu dalam platform, anda mungkin diminta memberikan butiran pendaftaran termasuk alamat emel yang sah, nama penuh, dan nombor telefon. Penggunaan perkhidmatan ini bergantung pada ketepatan semua butiran yang anda berikan. Jika Onsell percaya butiran yang diberikan tidak betul, tidak semasa, atau tidak lengkap, kami berhak menolak akses anda kepada perkhidmatan.
Maklumat Peribadi yang Dikumpul
Untuk menggunakan perkhidmatan kami, anda perlu memasukkan maklumat peribadi berikut semasa pendaftaran akaun:
- Nama Penuh
- Alamat Emel
- Nombor Telefon
- Maklumat Perniagaan (nama bisnes, logo, alamat)
Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi pada bila-bila masa melalui bahagian Profil akaun Onsell anda.
Kami menggunakan maklumat yang dikumpul untuk tujuan umum berikut: penyediaan produk dan perkhidmatan, pengebilan, pengenalan dan pengesahan, penambahbaikan perkhidmatan, komunikasi, penjanaan kandungan AI, dan maklumat pemasaran serta penyelidikan.
Log Files & Cookies
Semasa anda melayari laman kami, maklumat berikut direkodkan secara automatik oleh pelayan kami:
- Alamat IP
- Jenis pelayar yang digunakan
- Laman web yang dilawati sebelum laman kami
- Sistem operasi yang digunakan
- Cap tarikh/masa
Maklumat ini tidak mengenal pasti pengguna individu; ia digunakan hanya untuk tujuan analisis bagi meningkatkan kualiti laman dan perkhidmatan kami.
Cookies juga digunakan untuk menyediakan akses yang lebih mudah dan pantas kepada ciri-ciri laman web seperti log masuk dan lawatan berulang. Cookies disimpan pada komputer peribadi untuk rujukan. Kami menggunakan cookies sesi dan cookies berterusan.
Penyimpanan Data
Kami menyimpan maklumat anda selagi terdapat sebab perniagaan yang sah atau selagi diperlukan untuk mematuhi obligasi undang-undang kami. Tempoh tepat penyimpanan maklumat akan berbeza mengikut kes atau sehingga anda meminta kami memadamkannya melalui emel ke support@onsell.my. Tempoh tersebut ditentukan berdasarkan:
- Tempoh anda mempunyai akaun berdaftar dengan kami.
- Sama ada terdapat obligasi kontrak atau undang-undang yang memerlukan penyimpanan data.
- Sama ada terdapat tuntutan undang-undang yang berkaitan dengan interaksi anda dengan kami.
- Sama ada undang-undang berkenaan membenarkan tempoh penyimpanan tertentu.
Keselamatan Data
Onsell akan melindungi kerahsiaan maklumat peribadi, maklumat akaun, dan komunikasi peribadi anda ke tahap yang paling tinggi dan konsisten dengan undang-undang serta kepentingan sah Onsell.
Keselamatan data anda penting bagi kami. Walau bagaimanapun, tiada kaedah penyimpanan elektronik yang 100% selamat. Walaupun kami berusaha menggunakan cara yang boleh diterima secara komersial untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya. Kata laluan disimpan dalam bentuk hash (bcrypt) dan tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak termasuk kakitangan kami.
Pendedahan Maklumat Peribadi
Maklumat yang anda berikan tidak akan dikongsi dengan mana-mana organisasi pihak ketiga kecuali: dengan persetujuan nyata anda, dikehendaki oleh undang-undang, atau diperlukan untuk tujuan perkhidmatan atau kontrak. Contohnya, proses pembayaran langganan melalui gerbang pembayaran dalam talian (ToyyibPay, Billplz). Jika terdapat permintaan daripada pihak berkuasa melalui saluran undang-undang yang sah, kami akan menyerahkan maklumat peribadi anda.
Pihak Ketiga
Onsell mungkin mengandungi pautan ke laman lain, termasuk laman pemproses pembayaran (ToyyibPay, Billplz), perkhidmatan kurier (Deliva, EasyParcel), dan platform media sosial. Anda perlu merujuk polisi privasi laman tersebut kerana kami tiada kawalan ke atas maklumat yang diserahkan atau dikumpul oleh pihak ketiga ini.
Penafian Undang-undang
Kami berhak mendedahkan maklumat peribadi anda yang boleh dikenal pasti seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan apabila kami percaya pendedahan tersebut perlu untuk melindungi hak kami dan/atau mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses undang-undang. Sebarang pindaan kepada polisi privasi ini akan diterbitkan di laman web kami.
2 Bayaran Balik, Pembatalan & Pembaharuan Langganan
Langganan & Kitaran Bil
Onsell menggunakan model langganan bulanan atau tahunan. Langganan bermula dari tarikh pembayaran dan diperbaharui mengikut kitaran yang dipilih.
Percubaan Percuma
Akaun baharu menerima 5,000 token AI percuma untuk mencuba Platform sebelum melanggan mana-mana pakej.
Yuran Platform
Untuk penjual yang menggunakan payment gateway Platform (bukan gateway sendiri), yuran platform sebanyak RM1 dikenakan bagi setiap transaksi berjaya sebagai caj perkhidmatan.
Pembatalan
Anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa. Sila ambil maklum bahawa pengesahan pembatalan memerlukan masa 24 jam bekerja. Bayaran balik tidak akan diberikan untuk mana-mana langganan yang telah dibatalkan. Kami tidak menyediakan kredit, bayaran balik, atau pengebilan pro-rata untuk langganan yang dibatalkan dalam tempoh aktif mana-mana pakej.
Pembaharuan & Tamat Tempoh
Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi untuk pembaharuan langganan. Dalam keadaan berikut, akaun anda akan:
Akaun yang telah melanggan:
- Tamat tempoh (pakej lama) dalam tempoh 15 hari
- Akaun akan dibekukan (Freeze) dalam tempoh 30 hari
- Pemadaman data laman jualan dan pangkalan data
Akaun yang tidak pernah melanggan:
- Tamat tempoh (pakej percuma)
- Dibekukan dalam tempoh 30 hari
- Pemadaman data laman jualan dan pangkalan data
Bayaran Balik Pelanggan Penjual
Onsell bertindak sebagai platform perantara sahaja. Bayaran balik untuk pembelian pelanggan anda (produk fizikal, digital, tempahan, tiket, kod pin) adalah tanggungjawab anda sebagai penjual sepenuhnya.
3 Polisi Penggunaan Boleh Diterima (AUP)
Pengenalan
Onsell telah membangunkan Polisi Penggunaan Boleh Diterima ("AUP") ini, yang melengkapkan dan menjelaskan terma tertentu perjanjian perkhidmatan setiap pelanggan dan bertujuan sebagai panduan kepada hak dan obligasi pelanggan semasa menggunakan perkhidmatan Onsell. AUP ini akan disemak dari semasa ke semasa. Penggunaan Onsell anda selepas perubahan kepada AUP bermaksud penerimaan anda terhadap sebarang terma baharu.
Aktiviti dan kandungan berikut adalah dilarang sepenuhnya di platform Onsell:
Spam & Penyalahgunaan Komunikasi
Penyalahgunaan e-mel, WhatsApp, atau saluran komunikasi lain melalui platform adalah masalah serius dan tidak akan diterima. Onsell berhak menamatkan, tanpa amaran, mana-mana akaun yang melanggar polisi ini. Onsell berhak menentukan apa yang dianggap "spam", "mel pukal", atau "mesej tidak diminta".
Kandungan Dewasa
Dilarang sepenuhnya termasuk: laman yang hasilnya diperoleh daripada kandungan dewasa, foto atau video yang menunjukkan ketelanjangan, pautan ke laman dewasa, forum perbincangan kandungan dewasa, dan laman yang menjual bahan dewasa.
Aktiviti Haram
Dilarang termasuk: akses tanpa kebenaran kepada sistem atau akaun pihak lain, pemalsuan header mesej, skim ponzi, skim piramid, penipuan kad kredit, dan cetak rompak perisian.
Pelanggaran Hak Cipta / Harta Intelek
Sebarang aktiviti yang melanggar atau menyalahgunakan hak harta intelek orang lain termasuk hak cipta, tanda dagangan, rahsia perdagangan, dan paten. Onsell dikehendaki oleh undang-undang untuk membuang atau menyekat akses kepada kandungan pelanggan selepas menerima notis pelanggaran hak cipta yang sah.
Arak & Aktiviti Berkaitan Arak
Sebarang perniagaan atau transaksi berkaitan produk arak termasuk aktiviti berkaitan arak. Semua aktiviti berkaitan bekalan perkhidmatan, peralatan, botol, bahan mentah, pengeluaran, pengedaran, runcit dan borong.
Perjudian
Sebarang perkhidmatan atau produk berkaitan perjudian seperti kasino dalam talian, slot, perjudian fizikal atau dalam talian, dan sebarang sumber berkaitan perjudian dengan atau tanpa kebenaran.
Tembakau & Rokok Elektronik
Sebarang perniagaan atau transaksi berkaitan pengeluaran dan pengedaran tembakau, dadah berbahaya, atau rokok elektronik sama ada dalam bentuk cecair atau bahan mentah yang dilarang oleh undang-undang.
Produk Tidak Halal
Sebarang perniagaan atau transaksi berkaitan daging babi, haiwan yang disembelih tanpa prosedur Islam, daging haiwan yang mati secara semula jadi, darah dalam bentuk cecair, dan produk tidak halal yang lain.
Berhala, Patung & Aktiviti Berkaitan Tempat Ibadat
Sebarang aktiviti perniagaan atau transaksi berkaitan pengeluaran dan pengedaran berhala, patung, bahan dan tempat ibadat selain Allah dalam bentuk buku, ebook, seminar, kelas, konsultasi, mesyuarat, atau acara berkaitan.
Bahasa Fitnah atau Kesat
Menggunakan Onsell sebagai cara untuk menghantar atau memaparkan bahasa fitnah, mengganggu, kesat, atau mengancam. Sebarang kandungan yang diskriminatif berdasarkan jantina, bangsa, umur dan/atau menggalakkan kebencian atau keganasan adalah dilarang.
Penyalahgunaan Sistem AI
Token AI yang disediakan mesti digunakan untuk menjana kandungan laman jualan yang sah sahaja. Penyalahgunaan sistem AI termasuk percubaan menjana kandungan berbahaya, menyalahi undang-undang, atau mengelirukan akan menyebabkan penggantungan akaun serta-merta.
Aktiviti Lain yang Memudaratkan
Onsell tidak akan, sebagai amalan biasa, memantau komunikasi pelanggannya. Walau bagaimanapun, apabila Onsell menyedari aktiviti yang memudaratkan, kami boleh mengambil sebarang tindakan termasuk membuang maklumat, menamatkan akaun, menyekat penghantaran, atau tindakan lain yang dianggap sesuai.
4 Terma Perkhidmatan
Pengenalan
Terma Perkhidmatan Onsell ini ("Perjanjian") mengandungi terma dan syarat yang mengawal akses dan penggunaan anda terhadap perkhidmatan yang ditawarkan dan merupakan perjanjian antara Onsell dan anda atau entiti yang anda wakili. Perjanjian ini berkuat kuasa apabila anda menanda kotak "Saya Bersetuju" semasa pendaftaran, atau apabila anda menggunakan mana-mana perkhidmatan. Anda mewakili kepada kami bahawa anda berkemampuan secara sah untuk memasuki kontrak. Anda mengakui bahawa anda telah membaca Perjanjian ini dan bersetuju dengan terma dan syaratnya.
Definisi
- "Waktu Perniagaan" merujuk kepada tempoh masa dari 10.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali Cuti Umum berdasarkan kalendar Malaysia.
- "Laman Web Onsell" merujuk kepada laman yang terletak di URL onsell.my atau laman pengganti lain yang dimiliki oleh Onsell.
- "Perkhidmatan" merujuk kepada perkhidmatan web yang disediakan oleh Onsell termasuk pembina laman jualan, penjanaan AI, sistem e-dagang, POS, pengurusan pesanan, dan perkhidmatan berkaitan.
Yuran & Pembayaran
- Pembayaran Penuh: Semua pembayaran yang perlu dibayar kepada Onsell di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat sepenuhnya, tanpa potongan atas sebarang sebab.
- Yuran Lewat: Sebarang pembayaran yang tidak diterima selepas 4 kali peringatan akan dikenakan tindakan. Langganan anda akan dibatalkan jika Onsell tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda.
Had Liabiliti
Anda dengan nyata memahami dan bersetuju bahawa, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, Onsell tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit atau teladan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerosakan bagi kehilangan keuntungan, muhibah, penggunaan, data, atau kerugian tidak ketara lain yang disebabkan oleh penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan Perkhidmatan.
Penggunaan Perkhidmatan anda adalah atas risiko anda sendiri. Perkhidmatan disediakan atas dasar "seadanya" (as-is) dan "seperti yang tersedia" (as-available) tanpa sebarang jaminan atau syarat, tersurat, tersirat, atau berkanun.
- Onsell tidak menjamin bahawa Perkhidmatan akan tanpa gangguan, tepat pada masa, selamat, atau bebas ralat.
- Onsell tidak menjamin bahawa keputusan yang diperoleh daripada penggunaan Perkhidmatan akan tepat atau boleh dipercayai.
- Onsell tidak bertanggungjawab atas sebarang obligasi cukai anda berkaitan penggunaan Perkhidmatan.
Penggunaan Akaun
Untuk mengakses perkhidmatan, anda mesti mencipta akaun Onsell yang dikaitkan dengan alamat emel yang sah. Anda hanya boleh mencipta satu akaun bagi setiap alamat emel. Anda bertanggungjawab atas semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda, sama ada aktiviti tersebut dilakukan oleh anda, pekerja anda, atau pihak ketiga.
Akses Tanpa Kebenaran: Onsell tidak bertanggungjawab atas akses tanpa kebenaran ke akaun anda. Anda hendaklah menghubungi kami dengan segera jika anda percaya pihak ketiga yang tidak dibenarkan mungkin menggunakan akaun anda.
Penyediaan Perkhidmatan
- Penyelenggaraan: Kecuali dinyatakan sebaliknya, perkhidmatan tidak termasuk penyediaan atau penyelenggaraan peralatan komputer atau perisian yang diperlukan oleh anda untuk menyambung ke pelayan Onsell.
- Hak Penggantungan: Onsell berhak menggantung perkhidmatan atau memadamkan akaun penipuan atau mana-mana bahagiannya atas sebab operasi atau kecemasan.
Keselamatan Data
- Akses Tanpa Kebenaran: Anda bersetuju bahawa Onsell tidak bertanggungjawab atas sebarang akses tanpa kebenaran kepada data anda walaupun akses tersebut berlaku akibat kerosakan peralatan atau perisian.
- Keselamatan Lain: Anda bertanggungjawab untuk mengkonfigurasi dan menggunakan perkhidmatan dengan betul serta mengambil langkah yang perlu untuk mengekalkan keselamatan kandungan anda.
Penggantungan Sementara
Onsell boleh menggantung akaun anda dengan segera sekiranya kami menentukan:
- Penggunaan perkhidmatan anda menimbulkan risiko keselamatan kepada perkhidmatan atau pihak ketiga.
- Boleh menjejaskan perkhidmatan atau sistem pelanggan Onsell yang lain.
- Boleh menyebabkan kami, syarikat gabungan kami, atau pihak ketiga dipertanggungjawabkan.
- Anda melanggar Perjanjian ini.
- Anda tertunggak pembayaran melebihi 4 kali peringatan.
Penamatan Perkhidmatan
Jika anda menamatkan akaun anda, Onsell akan menamatkan/memadamkan pangkalan data/akaun anda pada hari yang anda tentukan akaun dibatalkan.
Kesan Penamatan:
- Anda tetap bertanggungjawab atas semua yuran dan caj yang telah ditanggung sebelum tarikh penamatan.
- Onsell akan memadamkan semua kandungan anda akibat penamatan anda selepas tempoh tangguh 30 hari.
- Penamatan tersebut tidak merupakan pelanggaran oleh Onsell terhadap Perjanjian ini.
Perubahan
Onsell boleh mengubah, menghentikan, atau menamatkan mana-mana perkhidmatan dari semasa ke semasa. Perubahan ketara akan dimaklumkan melalui emel atau notifikasi dalam Platform sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berkuat kuasa. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermaksud penerimaan anda terhadap terma yang dikemas kini.
5 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)
Pengenalan
SLA ini bertujuan untuk mengukur tahap perkhidmatan yang pelanggan Onsell boleh jangkakan, dan remedi yang kami tawarkan sekiranya Onsell gagal menyediakan perkhidmatan pada tahap tersebut.
Onsell komited untuk menawarkan tahap perkhidmatan yang luar biasa kepada semua pelanggan. SLA kami menjamin ketersediaan, kebolehpercayaan, dan prestasi perkhidmatan laman web pelanggan.
Jaminan Uptime
Onsell komited untuk menyediakan SLA uptime standard 95% untuk perkhidmatan berbayar kami.
| SLA | Downtime Setahun (Maks) |
|---|---|
| 95% | 438 jam |
Skop
Adalah tanggungjawab pelanggan untuk mengetahui SLA perkhidmatan. SLA yang dinyatakan dalam perjanjian ini hanya terpakai untuk perkhidmatan yang dihoskan dan diuruskan oleh Onsell dan tidak meliputi perkhidmatan pihak ketiga seperti ToyyibPay, Billplz, Deliva, EasyParcel, dan perkhidmatan pihak ketiga lain yang tidak dinyatakan.
Perubahan
SLA ini akan berkuat kuasa selama-lamanya tetapi boleh digantikan oleh SLA yang disemak semula, atas budi bicara Onsell, pada bila-bila masa. Pelanggan bertanggungjawab untuk menyedari semakan tersebut.
Sebarang pertanyaan mengenai polisi dan terma ini, sila hubungi kami di
support@salepage.com